Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 23 November 2020 – Teleport, syarikat teknologi logistik milik AirAsia telah melengkapkan pelancaran perkhidmatan penghantarannya ke 70 bandar di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam masa 30 hari.

Teleport kini berada di 17 bandar di sekitar Malaysia

Pengembangan ini membolehkan Teleport menawarkan perkhidmatan penghantaran daripada para peniaga dan syarikat di bandar-bandar ini kepada pelanggan mereka dalam masa satu jam sahaja. Teleport boleh menghantar apa sahaja, daripada makanan, barangan runcit, dokumen, bunga-bungaan dan juga dobi!

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata: “Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah, cepat dan berpatutan untuk semua orang. Kami juga memberi jaminan untuk melengkapkan penghantaran dalam masa satu jam, dan berharap langkah ini dapat membantu semua peniaga dan perniagaan tempatan. Selain itu, kami juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres 24 jam antara bandar dan penghantaran rentas sempadan tidak lama lagi.

Menjelang tahun hadapan, matlamat kami adalah untuk membolehkan anda menghantar apa sahaja dengan serta-merta ke destinasi AirAsia dengan hanya satu klik.” 

Di Malaysia, perkhidmatan Teleport kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka.

Untuk mendaftar dengan Teleport, layari http://teleport.asia/deliverforme atau hubungi [email protected] untuk maklumat lebih lanjut.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these