Teleport dan SF Airlines kongsi rangkaian logistik

  • Kerjasama dengan SF Airlines memperkukuh hubungan antara China dan Asia Tenggara serta membuka peluang baharu ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah
  • SF Airlines memperoleh akses kepada keupayaan logistik Teleport untuk menyokong pengembangan antarabangsanya ke Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 21 September 2023 – Teleport, peneraju pasaran bagi perkhidmatan logistik udara di Asia Tenggara, dan SF Airlines, syarikat penerbangan ekspres terbesar di China, telah menandatangani kerjasama dua hala untuk memanfaatkan rangkaian udara yang ekstensif bagi kedua-dua pemain logistik  untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya. Teleport memberikan akses logistik yang meluas ke Asia Tenggara, manakala SF Airlines menawarkan rangkaian ekspres terbesar di China serta ke pasaran Eropah dan Amerika Utara.

Kerjasama ini telah berjaya melengkapkan  penghantaran kargo yang signifikan bagi pelanggan kedua-dua pihak melalui gabungan kedua-dua rangkaian logistik udara mereka.

Teleport, anak syarikat logistik Capital A Berhad kini sedang giat menjalinkan usaha sama dengan syarikat penerbangan pihak ketiga bagi memperluas rangkaian logistik udaranya   ke lapangan terbang utama seperti Kuala Lumpur dan Bangkok dari China, di samping meneroka pasaran baharu seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Teleport berkata, “Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memperbanyakkan lagi jalinan dengan syarikat penerbangan pihak ketiga untuk Teleport. Kami berharap dapat menyokong SF Express mengembangkan produk rentas sempadannya di Asia Tenggara.”

“Sehubungan dengan itu, kerjasama bersama SF Airlines yang merupakan syarikat penerbangan kargo terbesar di China, bukan sahaja akan mengukuhkan kesalinghubungan serantau dengan China malah ianya  akan memperluas jangkauan pasaran Teleport ke Eropah dan Amerika, seterusnya menghubungkan rangkaian kami ke peringkat global melangkaui Asia Tenggara. Ini bakal membantu Teleport untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, memperkukuh kemampuan hujung ke hujung, serta meningkatkan kebolehan untuk mengembangkan perniagaan kami bagi memenuhi keperluan rantau ini.”

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami yang berterusan dalam merevolusikan perkhidmatan logistik udara dan seterusnya menyediakan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang lebih pantas, berpatutan dan mudah untuk memindahkan sesuatu ke seluruh Asia Tenggara, dan kini di peringkat global.”

SF Airlines mengendalikan armada hebat sebanyak 84 kapal pengangkut, dan menghubungkan lebih 90 destinasi global. Rangkaian udara antarabangsanya termasuk ke destinasi di Eropah dan Amerika Syarikat, Timur Tengah, dan Asia Tenggara dan lain-lain. 

Li Sheng, Pengerusi SF Airlines, menambah, “Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Teleport, peneraju pasaran di rantau Asia Tenggara. Kerjasama ini membolehkan kami memperluas akses rangkaian SF Airlines seterusnya memanfaatkan frekuensi dan rangkaian udara Teleport yang meluas di Asia Tenggara serta pasaran utama di Asia Pasifik. Kami teruja dengan kerjasama ini yang bakal mengukuhkan lagi komitmen untuk terus mengembangkan kebolehan perkhidmatan logistik udara kami'”

Teleport merupakan peneraju pasaran semasa dengan penghantaran jumlah kargo terbesar  merentasi Asia Tenggara dan memiliki rangkaian logistik udara terbesar di rantau ini, dengan penggunaan  lebihan ruang kargo 204 pesawat penumpang AirAsia lebar dan sempit. Selain itu, Teleport telah memperkenalkan  pesawat kargo pertama daripada tiga pesawat Airbus A321 Freighter (A321F) pada bulan Julai yang lalu, untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Teleport, lawati teleport.asia.

***

In the event of conflict between the press release versions, the English version will prevail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these