Misi Membina Infrastruktur Menghubungkan Asia Tenggara Beri Masa Depan Cerah bagi Teleport

Syarikat Logistik Menyeluruh Ini Juga Mengalu-alukan Penambahan Ahli Lembaga Bebas dengan Fokus dalam Mengukuhkan Kebolehupayaan Strategik dan Pertumbuhan Serantau 

Kuala Lumpur, 1 Jun 2022 – Teleport, syarikat logistik dibawah naungan Capital A telah melaporkan pertumbuhan keuntungan YoY sebanyak 58% pada suku pertama, yang dikaitkan dengan pelaburan pada rangkaian seakan rangkaian kapal pengangkut dan fokus pada penghantaran e-dagang. 

Dengan kembalinya penerbangan komersial dan kapasiti perut kapal bagi penerbangan penumpang, Teleport kini bersedia untuk memacu operasi paling pantas dan infrastruktur logistik mudah akses di Asia Tenggara.  

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata, “Pembukaan semula sempadan antarabangsa bersama-sama penerbangan penumpang memberi laluan untuk kami menunjukkan kebolehan model operasi kami secara menyeluruh. Ini sudah pun terbukti dengan peningkatan keuntungan via kapasiti perut kapal selari dengan peningkatan bilangan penghantaran kami sebanyak 60% QoQ, membolehkan kami mencapai keuntungan bagi penghantaran merentas sempadan pada bulan Mac. Perubahan pantas dalam jangkaan penghantaran, sama ada kepantasan dan pengalaman – kami akan terus berusaha untuk kekal di hadapan dengan kelebihan rangkaian dan teknologi kami. Inilah masanya untuk kami tingkatkan usaha dalam misi menghubungkan keseluruhan Asia Tenggara, lebih pantas dari yang lain.”

Pada tahun lalu, Teleport telah:

  • Mengalami pertumbuhan 58% YoY iaitu sebanyak RM147 juta, dikaitkan dengan pelaburan pada rangkaian seakan rangkaian kapal pengangkut dan fokus pada penghantaran e-dagang secara berterusan. 
  • Peningkatan bayaran tanan sebanyak 31% dari 1Q21. Bahagian kargo pula menampakkan peningkatan daripada RM4.46 ke RM5.21 per kg atau meningkat sebanyak 17% meskipun dengan impak negatif dari sekatan pergerakan di China
  • Isipadu penghantaran naik secara mendadak sebanyak 451% YoY dan 60% QoQ ke 945,000 pesanan e-dagang di 1Q22 dari pelanggan utama seperti Zalora dan DHL eCommerce
  • Penghantaran merentas sempadan mencapai keuntungan pada bulan Mac. Ini dijadikan panduan bagi peluasan margin dengan model bisnes yang terbukti 
  • Penghantaran merupakan pemacu utama dalam pertumbuhan dengan hasil berulang dari pelanggan Penghantaran di serata empat pasaran yang bakal wujud bermula Jun. 

Dalam misi Teleport untuk terus melabur dalam meluaskan rangkaiannya, pembangunan pekerja, mengembangkan kapabiliti teknikal dan operasi dalam mendorong pertumbuhan – syarikat logistik menyeluruh ini juga mengumumkan ahli bebas baharu dalam Lembaga Pengarah mereka. Mengikut pelantikan ini, Lembaga di Teleport kini mempunyai lapan ahli, tiga daripada mereka adalah ahli bebas. 

Pengarah bukan eksekutif bebas baharu Teleport ialah: 

Augustus Ralph Marshall, Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas – Ralph merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Digital Nasional Berhad (DNB). Sebelum ini beliau merupakan Pengarah di Maxis Communications Bhd (1993 – 2016), iaitu syarikat penyedia servis telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Timbalan Pengerusi (1994 to 2017) di Astro Malaysia Holdings, perusahaan utama dalam sektor TV dan radio satelit di Malaysia. 

Olivier Petra,  Pengarah Bukan Eksekutif Bebas – Olivier merupakan Ketua Global bagi Rantaian Bekalan Dagangan Digital di Unilever. Sebelum itu, beliau bekerjasama dengan Lazada E-Logistics Malaysia dan Lazada Group dengan fokus terhadap membina strategi logistik pengangkutan dan pengurusan logistik pembekal. Olivier juga mempunyai pengkhususan dalam pembaikan rantaian bekalan yang melibatkan rantaian bekalan menyeluruh dan pembaikan proses selain mempunyai latarbelakang dalam pemerolehan dan penghasilan. Beliau mempunyai pemahaman tinggi dalam pasaran Asia Tenggara setelah menetap di negara seperti Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Pete juga berkata, “Kami telah bekerja keras dalam memastikan lembaga Teleport dan tampuk pimpinan mewakili kepelbagaian, pengalaman dan kualiti yang mampu memacu arah strategik dan tadbir urus. Saya teruja bahawa Ralph dan Olivier telah bersetuju untuk menyertai lembaga Teleport dalam pada kita terus berkembang untuk menjadi pemandu serantau. Olivier merupakan penambahan terbaik dari segi kepakaran logistik, dan perspektif berharga Ralph dari segi kepimpinan bisnes yang mampu membantu Teleport terus mencapai misi kami.”

Ahli-ahli baharu lembaga ini akan menyertai Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun, Hanim Hamzah, Bo Lingam, Colin Currie dan Pete Chareonwongsak dalam menyelia arah strategik syarikat. Setiap ahli membawa skil dan pengetahuan ulung mereka tersendiri dalam mencapai misi Teleport penghantaran ke serata Asia Tenggara lebih baik dari yang lain.

Untuk informasi lebih tentang Teleport, sila layari teleport.asia.

***

Mengenai Teleport
Ditubuhkan pada tahun 2018, Teleport merupakan usaha niaga logistik Capital A dengan misi untuk membolehkan sesiapa sahaja – tidak kira peniaga kecil atau syarikat antarabangsa, untuk menghantar barangan ke seluruh Asia Tenggara lebih baik dari servis logistik lain dalam masa 24 jam. Kini, Teleport beroperasi di  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Singapura, dan China. Untuk info lanjut, layari teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, dan YouTube. #MadeToDeliver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these