Teleport sedia membantu komuniti perniagaan Sarawak mengukuhkan perdagangan Asean melalui pengangkutan udara

Rangkaian kargo udara terbesar di Asean di bawah Teleport by AirAsia menarik minat komuniti perniagaan Sarawak yang ingin memperluaskan perniagaan mereka ke sekitar Asia Tenggara.

Kuching, 13 March 2023 – Teleport berkedudukan untuk membantu komuniti perniagaan Sarawak memperkukuh perdagangan Asean melalui pengangkutan udara. Rangkaian kargo udara terbesar di Asean oleh Teleport, iaitu syarikat logistik dibawah Capital A (sebelumnya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad), menarik minat komuniti perniagaan Sarawak yang ingin memperluaskan jangkauan perniagaan mereka di rantau Asia Tenggara.

Teleport memahami kepentingan pergerakan perdagangan masuk dan keluar Malaysia Timur. Pada tahun 2022, Teleport telah mengangkut 25,000 tan kargo dan lebih daripada 5.5 juta bungkusan untuk Malaysia Timur, di mana 40% daripadanya adalah untuk laluan Sarawak. Teleport kini mengangkut pelbagai jenis barangan, kargo, dan bungkusan masuk dan keluar Malaysia Timur, seperti makanan laut segar dan beku, hasil segar dan kering, pakaian, elektronik, dan barang terhasil, di antara yang lain, ke pasaran eksport utama seperti Malaysia Barat, Singapura, dan bandar-bandar di Pasifik Asia seperti Shenzhen dan Incheon. Sehingga kini pada tahun 2023, lebih daripada 1.5 tan Kolo Mee segar dan lebih daripada 350kg buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan kering telah dihantar melalui pengangkutan udara antara Sarawak dan Singapura.

Dengan pengenalan Pesawat Pengangkut Barang A321F ke dalam kumpulan kapal terbang kargo Teleport pada tahun 2023, ini akan menambahkan kapasiti ‘skidded’ atau kapasiti palet kemas, selain daripada rangkaian ruang kargo pesawat penumpang yang luas. Ini dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan kapasiti kargo udara dan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan kargo udara untuk komuniti perniagaan Sarawak – dari kargo jumlah besar, seperti jentera dan komponen elektronik, pelbagai jenis barangan berbahaya (DG), dan juga bungkusan kecil untuk perniagaan e-dagang di Sarawak.

Menurut Natasia Jerah, Pengurus Negara, Teleport Singapura, “Kami melihat potensi yang besar dalam peluang perdagangan import dan eksport di Sarawak. Laluan perdagangan Singapura-Kuching dan Singapura-Sibu telah menunjukkan hasil dengan memberi fokus utama pada eksport makanan segar dan buah-buahan. Kami ingin memperluas lagi hasil perdagangan ini kerana kami mempunyai rangkaian, kapasiti, dan liputan untuk membantu perniagaan tempatan memperluaskan pasaran mereka di luar Sarawak ke rantau Asean dan Asia Pasifik.”

Ditubuhkan pada tahun 2018 dengan menggabungkan kapasiti ruang kargo pesawat penumpang semua penerbangan AirAsia dalam satu rangkaian komprehensif, Teleport kini merupakan pembekal penyelesaian logistik udara yang sedang membina kepimpinan dalam pasaran Asean. Dengan kumpulan kapal terbang kargo Teleport sebanyak 205 pesawat AirAsia berbadan lebar dan sempit, Teleport meliputi lebih daripada 85 bandar di Asia Tenggara, termasuk bandar-bandar kecil.

Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan Teleport, layari teleport.asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these