Teleport Pink – Perkhidmatan Penghantaran Antarabangsa sampai-esok terkini,  80% lebih rendah dari kadar di pasaran

Teleport Pink next day international delivery banner

Bermula dengan laluan KL ke Singapura, kadar tetap penghantaran bungkusan antarabangsa sampai-esok hanya RM40 (USD10/SGD15). Jaringan penghantaran ke lebih banyak bandaraya utama akan datang

Kuala Lumpur, 2 Disember 2022  – Teleport, sebuah usaha niaga logistik di bawah Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia), melancarkan Teleport Pink – sebuah perkhidmatan terkini yang membolehkan pengguna di Kuala Lumpur menghantar bungkusan sampai-esok ke Singapura dengan kadar tetap sebanyak RM40. 

Teleport Pink telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat  untuk perkhidmatan penghantaran sampai-esok, ke luar negara pada kadar tetap. Kadar yang ditawarkan adalah 80% lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran luar negara sampai-esok yang lain di pasaran. 

Menerusi perkhidmatan Teleport Pink, pengguna akan menikmati: 

Kadar Berpatutan 

  • Kadar tetap dan berpatutan sebanyak RM40 atau bersamaan USD10/SGD15 

Kemudahan untuk penggunaan: 

  • Pengguna boleh menghantar apa saja yang boleh dimuatkan ke dalam beg bungkusan bersaiz A3 atau dengan berat maksimum 5kg 
  • Hanya perlu imbas kod QR yang terpapar di atas beg penghantaran. Kod QR ini adalah unik dan akan membawa pengguna terus ke borang pesanan atas talian
  • Beg penghantaran boleh diguna pakai sebanyak dua kali. Penerima boleh menanggalkan pelekat arahan untuk kod QR yang kedua dan meneruskan proses yang sama untuk penghantaran dari Singapura ke Kuala Lumpur. 

Kelajuan perkhidmatan

  • Bungkusan  akan diambil pada hari yang sama setelah borang pesanan lengkap diisi dan akan sampai keesokan harinya. (Jika pengguna membuat pesanan sebelum 4 petang, bungkusan akan sampai di Singapura selewat-lewatnya jam 6 petang keesokan harinya di tangan penerima) 

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Di Teleport, kami berpendapat perkhidmatan logistik perlu dipermudahkan, cepat dan berpatutan. Kami juga percaya ini perlu dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam industri penghantaran – dan bukan pengecualian atau untuk kes-kes tertentu. Beberapa tahun kebelakangan ini, perkhidmatan segmen bungkusan ekspress dan sektor e-dagang telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam pasaran global, masing-masing dengan kadar 7% dan 22% setahun. Ini telah memacu pertumbuhan industri kargo udara. 

Dengan pelancaran Teleport Pink, kami berhasrat untuk menawan pasaran ini dan membuka akses kepada lebih ramai pengguna dalam memenuhi permintaan mereka untuk menikmati jaringan logistik di seluruh Asia Tenggara yang mengutamakan kemudahan dengan nilai tambah dan kelajuan perkhidmatan. 

Beliau menambah, “Akses eksklusif kami kepada rangkaian penerbangan AirAsia yang meluas merentasi rantau Asia Tenggara, memberi kami kelebihan dari segi infrastruktur logistik, terutamanya di perjalanan pertengahan atau mid-mile yang unik. Ini membolehkan kami menghantar bungkusan ke sekitar rantau ini dengan kekerapan dan skala yang lebih tinggi. Tiada lagi keperluan untuk membuat bayaran berlebihan untuk perkhidmatan penghantaran bungkusan pantas seperti suatu masa lalu.” 

Sabrina Khaw, Ketua Projek Pembangunan menambah, “Kebolehan kami dalam menyampaikan perkhidmatan logistik udara dengan pantas dan mampu milik di seluruh Asia Tenggara melalui kelebihan di perjalanan pertengahan atau mid-mile telah tertumpu dalam memenuhi keperluan pelanggan niaga-ke-niaga, atau B2B. Sehingga hari ini, perkhidmatan kami kepada pelanggan B2B masih berlangsung. Dengan Teleport Pink sebagai satu perkhidmatan yang terkini, pengguna kini boleh menggunakan penghantaran bungkusan esok-hari yang mudah dan berpatutan – Sekaligus, memenuhi keperluan penghantaran pakej kecil merentasi sempadan menerusi kemudahan dan  infrastruktur logistik yang sama. 

Beliau menambah, “Dengan Teleport Pink, keluarga dan sahabat handai mempunyai alternatif untuk terus kekal berhubung menerusi pakej penjagaan (care package); perusahaan dapat menghantar dokumen penting ke Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur dengan kadar segera dan berpatutan. Perniagaan produk khas atau premium juga mempunyai pilihan untuk menggunakan Teleport Pink dalam memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan pantas dan berpatutan. 

Keupayaan untuk menghantar bungkusan ke luar negara sepatutnya tidak perlu datang dengan kadar harga yang tinggi, yang hanya boleh dinikmati oleh sesetengah pengguna sahaja. Tujuan kami dalam membangunkan Teleport Pink adalah untuk menghubungkan orang ramai dengan pendekatan yang berbeza dan memberi perniagaan pilihan yang berpatutan selaras dengan keperluan pelanggan mereka. 

Teleport Pink akan dilancarkan secara berperingkat mengikut fasa, bermula dengan kawasan liputan tertentu di Lembah Klang ke Singapura, diikuti dengan beberapa kawasan liputan baru pada 2023. Perkhidmatan Teleport Pink juga akan diperluaskan kepada kawasan lain di Kuala Lumpur dan termasuk bandaraya utama di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan Manila. 

Sempena pelancaran Teleport Pink, beberapa siri jelajah (roadshow) akan diadakan di beberapa kawasan tumpuan sekitar Lembah Klang. Pengguna dapat menikmati penghantaran sampai-esok ke Singapura secara percuma  dengan menggunakan kod kata “PINKFREE”, terhad untuk bungkusan pertama. 

Beg penghantaran Teleport Pink boleh didapati di kiosk MyNEWS yang terpilih, termasuk termasuk juga di ruangan kerja bersama, Common Ground, WORQ dan Co-labs dan mesin-mesin layan diri di Sunway Pyramid and Lot 10. Untuk maklumat lanjut tentang Teleport Pink, sila lawati laman web kami di www.teleportpink.com atau menerusi laman media sosial kami @TeleportPink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these