Teleport oleh AirAsia perkukuh perkhidmatan kargo di rantau ini dengan pelancaran pesawat 737-800 pertamanya

Teleport terus memperkukuh perkhidmatan kargo dengan pengembangan pesawat kargo sahaja

KUALA LUMPUR, 3 November 2021 – Teleport, cabang logistik airasia Digital, memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain industri kargo dan logistik serantau dengan pelancaran pesawat 737-800 pertamanya hari ini, termasuk rekaan corak yang unik pada badan pesawat.

Rekaan pesawat baharu tersebut mencerminkan jenama Teleport sebagai penyedia perkhidmatan kargo yang bersedia untuk melakukan penerbangan pertamanya di seluruh laluan utama di Asia. Rekaan itu juga mewakili falsafah perkhidmatan Teleport dan komitmennya untuk menjadikan Teleport dan AirAsia Group sebagai antara 3 penyedia perkhidmatan kargo teratas mengikut kapasiti di Asean.

Penambahan pesawat kargo baharu ini menjadikan jumlah pesawat semasa Teleport kepada 252 buah (termasuk pesawat penumpang AirAsia Group) dan akan membolehkan kapasiti yang lebih konsisten pada laluan kargo udara utama di seluruh Asia Tenggara.

Sejak awal tahun 2020, Teleport telah merancang untuk membina rangkaian kargo sahaja merentasi laluan kargo udara utama di rantau ini untuk menampung permintaan e-dagang dan kargo am yang semakin meningkat. Teleport juga akan terus meningkatkan keupayaannya untuk bersaing dalam pasaran kargo dan e-dagang yang berkembang pesat di seluruh Asean. 

Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz berkata, “Pertumbuhan perkhidmatan kargo di pasaran baharu dan peningkatan dalam hasil kargo udara berikutan perkembangan e-dagang dan teknologi dalam teknologi pesawat baharu dan pendigitalan industri telah memacu fokus syarikat kami. Kami percaya penambahan pesawat kargo ini akan mengukuhkan lagi komitmen kami dalam industri ini dan menjangka lebih banyak pesawat kargo akan dikendalikan pada masa akan datang. Ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi pertumbuhan syarikat tetapi juga membantu mempertingkatkan operasi kami untuk memenuhi keperluan pasaran kargo udara seperti muatan palet, kekerapan penerbangan, jadual penerbangan yang boleh dipercayai dan waktu pelepasan atau ketibaan tertentu.”

Berpangkalan di Bangkok, pesawat tersebut mampu mencapai pasaran utama termasuk Hong Kong, Shanghai, Chennai, Mumbai dan semua destinasi utama di Asia Tenggara dari Thailand, menghubungkan pasaran jarak jauh ke Asia Tenggara melalui kapasiti kontena. 

Selain itu, pesawat tersebut mempunyai dek utama khas untuk kontena dan kapasiti sebesar 21T maksimum yang mampu membawa barangan di bawah kategori Barang Berbahaya mengikut garis panduan IATA, termasuk bateri Litium.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Penambahan pesawat kargo ini akan memacu visi syarikat untuk beralih daripada penyedia logistik pengangkutan udara kepada pengendali modal-pelbagai yang lengkap. Kami sentiasa berkembang pantas untuk terus memacu perniagaan kargo udara Teleport ke hadapan dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk apa sahaja ke seluruh Asia Tenggara. Kami menjangka perkembangan ini bukan sahaja akan memperkukuh perkhidmatan Teleport malah memanfaatkan semua pemain industri.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited, Bo Lingam berkata “Pembukaan semula sempadan di seluruh dunia dalam pelbagai fasa, menjadikan pengembangan rangkaian kargo yang lebih kukuh dan berdaya tahan adalah penting untuk memperkasakan jenama Teleport dan AirAsia Group secara keseluruhan. Teleport berada di landasan yang tepat untuk menyumbang kepada kebolehcapaian logistik dan permintaan yang semakin meningkat di rantau ini. Jelas sekali Teleport komited untuk menyokong semua jenis, terutamanya dengan pertumbuhan pesat sektor e-dagang dan peningkatan permintaan pada akhir tahun ini.”

Pesawat kargo 737-800 Teleport diperolehi melalui perjanjian beberapa tahun dengan K-Mile Asia, syarikat penerbangan kargo ekspres Thailand, seterusnya membuka jalan untuk pengembangan perkhidmatan kargonya dan menandakan komitmennya sebagai pemain logistik terkemuka di rantau ini.

Mengulas mengenai kerjasama Teleport dengan K-Mile, Adrian menambah, “Adalah penting bagi kami untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang kukuh seperti K-Mile Asia untuk mengembangkan perkhidmatan logistik kami di seluruh Asia. Kepakaran mereka dalam mengendalikan pesawat ini dengan kebolehpercayaan dan ketepatan masa yang tinggi akan membolehkan kami melanjutkan jadual perkhidmatan kargo kami untuk memenuhi permintaan khusus ke bandar-bandar utama di Asia.”

Ketua Pegawai Eksekutif K-Mile Asia, Encik Kledchai Benjaathonsirikul, berkata “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Teleport dalam menyediakan lebih banyak pilihan pengangkutan kargo ke bandar-bandar berbeza di seluruh Asia. Kami menjangka kerjasama jangka panjang ini akan terus mengembangkan industri logistik. Perniagaan K-Mile tertumpu pada operasi pengangkutan udara untuk perkhidmatan kargo ekspres dan penerbangan carter, dan kami percaya kami dapat menawarkan kebolehpercayaan dan kualiti yang diperlukan untuk menyokong perkhidmatan penghantaran dan rangkaian Teleport.”

Teleport akan menambah lebih banyak destinasi untuk laluan pesawat kargo ini pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.teleport.asia/en/my/cargo.

***

Mengenai Teleport

Founded in 2018, Teleport is a venture under airasia Digital, building out the logistics ambitions for AirAsia. Teleport is on a mission to enable everyone – from single merchants to the largest companies – to move goods and e-commerce anywhere in Southeast Asia and beyond. It should simply work, like magic.  For more information, please visit teleport.asia or our social media on Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn and YouTube.

Mengenai K-Mile 

K-Mile Air, operating as K-Mile Asia, is a specialist cargo operator serving the express freight industry from the airline’s base in Suvarnabhumi Airport, Bangkok. The Thai airline was established in 2004 and began operations in 2006 providing both scheduled and charter cargo flights. In addition to its scheduled operation the airline continues to offer charter flights across its network serving Thailand, Vietnam, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, and Singapore. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these