Teleport Mulakan Tahun 2022 dengan Pertumbuhan Kukuh, Dipacu oleh Pelancaran Perkhidmatan Kargo Khusus

Kuala Lumpur, 13 April 2022 – Mulai hari ini, pelanggan Teleport boleh tempah ruang kargo menggunakan perkhidmatan kargo khusus yang baru dilancar. Menggabungkan aspek pantas dan ciri pengendalian kargo lain, portfolio baharu ini menawarkan lima (5) perkhidmatan unik yang memenuhi keperluan setiap penghantaran.  

Dengan perkhidmatan kargo baharu ini, Teleport mengukuhkan lagi posisinya sebagai penyedia perkhidmatan kargo penuh dengan slogan  “Made to Deliver”, rangkaian kargo terbesar di Asia Tenggara. ‘Freight Forwarding Agent’, ‘Charterer’ dan syarikat logistik kini boleh memilih perkhidmatan khusus mengikut keperluan kargo. Lima perkhidmatan kargo khusus tersebut ialah: 

  • Teleport Charter – Perkhidmatan yang versatil dan boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan. Mereka yang menggunakan perkhidmatan ini boleh menempah seluruh, separuh atau gabungan kedua-dua ruang kapal terbang sekaligus dengan penerbangan dan jadual fleksibel. 
  • Teleport Priority – Penghantaran kargo penting dengan jaminan penerbangan. Teleport Priority memastikan setiap barangan diutamakan dan akan sentiasa dimuatkan ke dalam kapal terbang. Perkhidmatan ini sah untuk semua jenis komoditi yang diluluskan.  
  • Teleport Pharma – Hantar barangan farmaseutikal dengan Teleport Pharma. Dilengkapi dengan pengawalan dan penjagaan suhu sebelum, semasa dan selepas penerbangan, pengendalian khusus di darat dan memenuhi piawaian suhu IATA (Temperature Control Regulations). Barangan farmaseutikal anda selamat diterbangkan dengan Teleport ke destinasi pilihan anda. 
  • Teleport Fresh – Kirim barangan mudah rosak tanpa masalah melalui rangkaian Teleport. Teleport Fresh dilengkapi dengan pengendalian khusus di darat selain memenuhi piawaian IATA (Perishable Cargo Regulations). Perkhidmatan khusus ini juga didatangkan dengan pilihan tambahan seperti bilik sejuk dan kontena kawalan suhu aktif bagi memastikan barangan mudah rosak kekal segar dari saat berlepas sehingga mendarat. 
  • Teleport Live – Haiwan hidup juga boleh dihantar tanpa risau. Mematuhi piawaian IATA (Live Animal Regulations) dan dilengkapi pengendalian khusus di darat termasuk kontena khas buat haiwan. Teleport Live menawarkan perkhidmatan khusus yang meredakan kerisauan empunya haiwan kerana proses penghantaran dikendali dengan cermat dan hemat. 

Adrian Loretz, Ketua Pegawai Operasi Teleport berkata, “Dengan pengenalan terhadap perkhidmatan kargo khusus ini, kami ingin menawarkan para pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan kargo khusus yang sepadan dan servis berkualiti tinggi secara konsisten. Selari dengan pelancaran perkhidmatan kargo khusus kami, Teleport mampu menawarkan hubungan yang lebih luas ke serata 6 syarikat penerbangan di bawah AirAsia melalui rangkaian penumpang kami dan rangkaian kargo-sahaja kami yang meliputi 130 destinasi. Kesemua rangkaian ini memperkukuhkan lagi pertumbuhan kami dan misi menghantar dengan lebih baik ke seluruh Asia Tenggara.”

Sejak penubuhannya, Teleport telah mengubah dan menginovasi bisnes kargo mereka secara berterusan dalam usaha untuk kekal bersaing dalam industri yang kian berkembang. Teleport kini mempunyai liputan meluas di serata Asia Tenggara dan lebih lagi, merangkumi lebih daripada 130 bandar dengan akses ke 252 kapal terbang bagi kedua-dua penerbangan kargo-sahaja dan juga penumpang. Tambahan pula, dalam misi menjadi penyedia perkhidmatan kargo penuh, syarikat logistik ini juga menawarkan 1 Air Waybill (AWB) untuk seluruh rangkaiannya yang memastikan perhubungan tanpa masalah dalam menghantar kargo melalui beberapa port dan penerbangan.  

Sejurus pelancaran 5 perkhidmatan kargo khusus, Teleport berhasrat untuk terus melebarkan perkhidmatan mereka dalam masa terdekat ini sejajar dengan pelan perkembangan yang dipercepatkan. Pelan tersebut merangkumi perluasan liputan, armada dan perkongsian strategik di seluruh Asia Tenggara. 

Perniagaan dan syarikat yang ingin menghantar kargo atau ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkhidmatan kargo khusus yang dinyatakan boleh layari teleport.asia/askcargo atau emel [email protected] hari ini. 

***

Mengenai Teleport
Ditubuhkan pada tahun 2018, Teleport merupakan usaha niaga logistik Capital A dengan misi untuk membolehkan sesiapa sahaja – tidak kira peniaga kecil atau syarikat antarabangsa, untuk menghantar barangan ke seluruh Asia Tenggara lebih baik dari servis logistik lain dalam masa 24 jam. Kini, Teleport beroperasi di  Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Singapura, dan China. Untuk info lanjut, layari teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, dan YouTube. #MadeToDeliver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these