Teleport menerima lesen Ejen Penghantaran untuk melancarkan perkhidmatan penghantaran 24 jam

Kuala Lumpur, 29 Januari 2021 – Teleport, cabang logistik airasia digital, telah menerima lesen ejen penghantaran oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Lesen tersebut membolehkan Teleport memohon pelepasan kastam secara digital bagi setiap penghantar atau penerima barangan untuk perkhidmatan penghantaran secara pukal atau e-dagang.

Dengan menggunakan teknologi terkini untuk menggantikan proses pelepasan manual yang masih digunakan oleh pesaingnya, kini Teleport boleh menyediakan pernyataan yang tepat, cepat dan boleh dipercayai kepada Jabatan Kastam bagi semua jenis penghantaran.

Mereka juga boleh menasihati penghantar dan penerima mengenai syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Kastam untuk penghantaran merentas sempadan, di mana Teleport bertindak sebagai ejen penghantaran digital antara pelanggan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

2-1454x992.jpg

Pengurus Penghantaran Digital, Chen Wei Kiat berkata: “Kami berbangga kerana dapat menyediakan pengalaman pelepasan kastam yang inovatif kepada pelanggan. Ini juga bermaksud kos yang dikenakan lebih rendah dan penghantaran lebih cepat untuk pelanggan di mana sahaja dari Asia Tenggara kerana Teleport menawarkan perkhidmatan secara menyeluruh. Kami juga telah mendigitalkan proses menggunakan teknologi terkini untuk perkhidmatan import dan eksport secara keseluruhan agar proses tersebut lancar bagi penghantar dan penerima. Teknologi kami dibangunkan secara dalaman dan kami berhasrat untuk menjadi penyedia penyelesaian logistik digital. Kami ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Herdawati dan Nur Insyirah dari pasukan Digital Forwarding kami yang telah berjaya mengendalikan permohonan lesen ejen penghantaran ini.”

Kini, Teleport Commerce Malaysia Sdn Bhd adalah ejen penghantaran yang diluluskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Teleport, sila layari teleport.asia atau e-mel kepada [email protected].

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like these